Realme Malaysia Mengacah Peranti Terkini Mereka – Mungkin Dari Siri X?

Diterbitkan pada Jan 16, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Realme hari ini menerusi sebuah entri di laman Facebook rasminya dilihat mengacah kehadiran sesuatu yang baharu untuk pengguna di Malaysia. Realme bagaimanapun dilihat tidak secara terang-terangan berkongsi mengenainya.

Sebaliknya, mereka sekadar memuat naik satu poster acah yang memaparkan rekaan berbentuk ‘X’ bersama sejumlah perkataan yang tidak lengkap ejaannya. Pada ruangan kapsyen yang disertakan, pihak Realme turut meminta orang ramai untuk cuba meneka dan melengkapkan ejaan perkataan tersebut.

Menerusi pemerhatian kami, hasil gabungan daripada kesemua huruf-huruf yang hilang – ia membentuk satu perkataan baru iaitu ‘SEVEN’. Malah menerusi tinjauan kami di ruangan komen entri berkenaan juga, rata-rata membuat andaian bahawa ia adalah Realme X7. Dipendekkan kata, ia bagaimanapun masih menjadi teka-teki dan seperti biasa, sama-sama kita nantikan perkongsian lebih lanjut daripada pihak Realme Malaysia.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami