Amazon Disaman Kerana Didakwa Menetapkan Harga eBuku Yang Mahal

Amazon Disaman Kerana Didakwa Menetapkan Harga eBuku Yang Mahal

Diterbitkan pada Jan 16, 2021 oleh .

Jeff Bezos baru sahaja dipintas Elon Musk sebagai manusia terkaya dunia. Kekayaan beliau dijana kejayaan gedung atas talian Amazon yang pada waktu ini mendominasi pasaran pembelian atas talian. Dominasi mereka dalam penjualan eBuku pula lebih tinggi sekitar 90%. Kini mereka telah disaman kerana didakwa menetapkan harga eBuku yang tinggi sehingga menyalahgunakan monopoli pasaran

Saman yang difailkan firman guaman Hagens Berman. mendakwa Amazon menandatangani perjanjian dengan lima syarikat penerbit eBuku terbesar dunia Hachette, HarperCollins, Macmillan, Penguin-Random House dan Simon & Schuster untuk mengekalkan harga yang tinggi. Menerusi perjanjian ini penerbit menetapkan harga jualan dan bukannya gedung. Akibatnya penawaran harga eBuku lebih murah tidak lagi dapat dinikmati.

Selepas perjanjian, harga eBuku meningkat sebanyak 30%. Firma Hagens Berman kini mencari pelanggan yang pernah membeli eBuku menerusi Amazon untuk menghubungi mereka bagi mendapatkan pampasan.

Pada tahun 2011, Hagens Berman berjaya menyaman Apple kerana turut terlibat dalam penetapan harga yang tinggi untuk eBuku yang dijual menerusi perjanjian dengan lima penerbit buku terbesar. Apple perlu membayar $400 juta bagi memberikan pampasan kepada pembeli eBuku yang membayar lebih.


Paling Popular