Cari @ Amanz

Selain daripada Grab, satu lagi perkhidmatan penghantaran makanan iaitu FoodPanda turut mengumumkan waktu operasi baharu. Perubahan ini juga diambil selari dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di Malaysia ketika ini. Melaluinya, waktu operasi dan tempahan baharu untuk perkhidmatan FoodPanda adalah berbeza mengikut negeri.

Bagi Pulau Pinang, Melaka, Johor, Sabah dan kawasan Lembah Klang – ia beroperasi sehingga jam 8 malam tetapi tempahan terakhir akan diambil adalah pada jam 7.30 malam. Seterusnya bagi Perlis, Kedah, Kelantan, Perak, Terengganu, Pahang dan Negeri Sembilan pula, perkhidmatan ini akan beroperasi sehingga jam 12 tengah malam – tetapi tempahan terakhir adalah pada jam 11.30 malam. Sementara bagi Sarawak pula, ia akan beroperasi sehingga jam 10 malam dan tempahan terakhir adalah pada jam 9.30 malam.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd