Semalam kami melaporkan YouTube menawarkan penstriman percuma 500 filem dan dokumentari menerusi saluran YouTube Movie. Kini kami ingin laporkan sekitar sejam yang lalu akses kepada kesemua kandungan ini telah dihalang untuk pengguna di Malaysia.
Jika filem-filem di dalam senarai main yang kami kongsi semalam cuba distrim, notifikasi “This uploader has not make this video available in your country” akan terpapar di skrin. Ini membuktikan akses yang diberikan semalam adalah pepijat pada tetapan yang tidak disengajakan. Dalam laporan kami mengatakan akses kepada penstriman percuma ini diberikan kepada pengguna di Amerika Syarikat sahaja sejak 2018.
Kepada yang sempat menstrim filen seperti Ghost In The Shell, The Terminator, Super Size Me dan Dances With Wolves kami ucapkan tahniah. Kepada yang tidak sempat yang kami boleh katakan ialah ia kini hanya boleh diakses menerusi perkhidmatan VPN.