Cari @ Amanz

Apple pada tahun lepas telah memperkenalkan cip Apple M1 untuk komputer riba mereka, sekaligus membuatkan ramai yang terpesona dengan penawaran berkenaan, sekaligus membawakan impak positif dalam pembangunan cip berasaskan ARM.

Selari dengannya, kini Qualcomm yang turut menawarkan sejumlah cip berasaskan ARM turut sedang membangunkan sebuah cip khusus yang dapat menyaingi Apple M1.

Qualcomm pada hari ini sedia menawarkan beberapa cip untuk komputer riba, dan beberapa komputer menggunakan cip mereka menjalankan Windows 10 sedia dipasarkan.

Menurut laporan WinFuture, Qualcomm sedang membangunkan cip berasaskan ARM yang dapat menyaingi penawaran Apple M1, dinamakan SC8280. Ia diperkatakan akan menjadi generasi baharu untuk Snapdragon 8cx sebelum ini.

Cip Qualcomm baharu ini dijangka akan menawarkan sokongan memori sehingga 16GB RAM, serta mungkin ditawarkan pada harga sedikit rendah, disamping menyokong rangkaian 5G.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Qualcomm akan melancarkannya. Dengan latar masa pembangunan, semestinya mereka menyasarkan prestasi sedikit tinggi berbanding Apple M1 – apatah lagi memandangkan Apple mungkin telah bersedia dengan pengenalan Apple M2 pada tahun ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd