Carian
Apple Disaman Kerana Tidak Membuang Aplikasi Telegram Dari AppStore – Dikatakan Langgar Terma
January 18, 2021 Aman

Apple kini disaman oleh kumpulan Coalition for a Safer Web, kerana gagal membuang aplikasi Telegram daripada kedai aplikasi AppStore mereka. Saman ini dilakukan, kerana aplikasi Parler telah dibuang daripada kedai aplikasi Apple, tetapi Telegram yang turut mempunyai kandungan lebih kurang sama tidak dibuang oleh Apple.

Coalition for a Safer Web ini mengatakan Apple gagal mengikuti polisi yang ditetapkan oleh mereka sendiri apabila gagal membuang Telegram. Dan pada masa yang sama, ia membawa kepada aktiviti yang lebih berbahaya oleh pengguna.

Saman ini difailkan lanjutan daripada sejumlah syarikat teknologi yang membuang akses kepada aplikasi Parler – yang diperkatakan telah digunakan dalam aktiviti perancangan tidak baik terhadap pentadbiran baharu Amerika Syarikat oleh penyokong Donald Trump.

Secara tidak langsung, perkara ini akan memberikan lebih tekanan terhadap Apple dalam memantau aplikasi Telegram.

Sebelum ini, Apple pernah membuang aplikasi Telegram dari AppStore kerana tidak mematuhi terma AppStore pada 2018 yang lepas.

Komen