Cari @ Amanz

Sekian lama mengacah, akhirnya siri Oppo Reno5 diperkenalkan secara rasmi untuk pengguna di Malaysia. Terdapat dua jenis model berbeza yang ditawarkan iaitu Oppo Reno5 dan Oppo Reno5 Pro. Secara kasarnya, keupayaan kamera masih menjadi titik fokus untuk siri kali ini. Tetapi, masih terdapat juga sejumlah lagi penambahbaikan lain yang turut disertakan.

Bagi yang berminat, Oppo Reno5 dijual pada harga RM1,899. Sementara, Oppo Reno5 Pro pula berharga RM2,599. Sesi pra-tempahan telah dibuka sehingga 26 Januari 2021 dan setiap pembelian yang dibuat bakal menerima hadiah percuma bernilai RM397 yang terdiri dengan – seunit Enco W11 (bernilai RM159), kerangka telefon pintar (bernilai RM129) dan jaminan waranti tambahan selama satu tahun (bernilai RM109). Wang sebanyak RM100 perlu dibayar terlebih dahulu sebagai deposit dan ia tidak akan dikembalikan.

Hadiah percuma untuk sesi pra-tempahan

Oppo Reno5 dilengkapi skrin bersaiz 6.4-inci AMOLED FHD+ dengan skrin kadar segar semula 90Hz. Ia juga menggunakan cip Snapdragon 765G (7nm), memori 8GB RAM, storan dalaman 128GB dan bateri sebesar 4,300mAh bersama pengecasan pantas 65W. Konfigurasi kamera utama terdiri dengan 64-Megapixel (utama) + 8-Megapixel (Sudut-Lebar) + 2-Megapixel (macro) + 2-Megapixel (mono). Sementara, kamera hadapan pula sebesar 32-Megapixel.

Kanan : Oppo Reno5 / Kiri : Oppo Reno5 Pro

Boleh dikatakan, Oppo Reno5 Pro berkongsi sejumlah spesifikasi yang hampir sama dengan Oppo Reno5. Skrin bersaiz 6.4-inci AMOLED FHD+ dengan skrin 90Hz, bateri 4,300mAh bersama pengecasan pantas 65W, konfigurasi kamera utama 64-Megapixel (utama) + 8-Megapixel (Sudut-Lebar) + 2-Megapixel + 2-Megapixel dan kamera hadapan pula sebesar 32-Megapixel. Tetapi, perbezaan utama terletak pada penggunaan cip pemproses, sokongan memori dan panel hadapan jenis melengkung. Di mana, Oppo Reno5 Pro menggunakan cip MediaTek Dimensity 1000+ dan penawaran memori 12GB RAM + 256GB ROM.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd