Samsung Galaxy Fold Mula Menerima Kemaskin One UI 3.0 Android 11

Diterbitkan pada Jan 19, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Samsung Galaxy Fold adalah peranti dengan skrin boleh-lipat pertama Samsung yang dijual secara komersil. Boleh juga dikatakan ini adalah peranti pertama generasi kedua mereka, selepas masalah skrin yang serius muncul.

Peranti ini adalah peranti berinovasi yang melipatgandakan produktiviti pengguna. Harga jualan yang gila mahal, serta mempunyai fokus ke golongan tertentu. Peranti ini masih diambil berat oleh Samsung walaupun tahu ini adalah tahun ketiga usia peranti ini. SamMobile baru-baru ini melaporkan yang peranti ini mula menerima kemaskini One UI 3.0 berasaskan Android 11.

Kemaskini yang diedarkan ini adalah versi F900FXXU4DUA1 untuk peranti SM-F900F, yang mana sama nombor model dengan variasi yang dijual di Malaysia. Kemaskini ini diedarkan kepada pengguna Perancis dan Arab terlebih dahulu. Melalui kemaskini ini, fungsi notifikasi bubble Android 11, kumpulan notifikasi terbaru One UI 3.0 serta kemaskini antaramuka yang lebih mesra skrin boleh-lipat. Teruskan semak notifikasi peranti anda untuk menerima kemaskini ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami