Samsung Galaxy Buds Pro adalah TWS terbaru dari Samsung yang dilancarkan bersama-sama dengan siri Galaxy S21. Ia hadir dengan pembatalan hingar aktif, ciri kalis air IPX7, menyertakan woofer 11mm, selain tweeter 6.5mm. Disamping itu, fon telinga ini turut dioptimasikan pada era norma baharu yang memerlukan panggilan video yang banyak. Di Malaysia, fon telinga nirwayar ini ditawarkan pada harga RM799.

TWS ini bersama-sama dengan siri Galaxy S21 masih dalam proses pra-tempahan di Malaysia. TWS ini dilihat telah menerima kemaskini pertama. Kemaskini ini dilihat memfokuskan kepada keseimbangan audio TWS ini. Selain itu, ia turut menambah baik fungsi peningkatan pendengaran, masa respon Bixby yang lebih pantas serta sistem yang lebih seimbang. Kemaskini ini dilihat hadir dengan saiz muat turun 2.20MB sahaja.
Jadi sejurus selepas anda menerima Galaxy Buds Pro, semak kemaskini dan pasang terlebih dahulu sebelum mula mendengar.