Cip Dimensity 2000 Dengan Teknologi 5nm Dilaporkan Akan Hanya Dilancarkan Tahun 2022

Cip Dimensity 2000 Dengan Teknologi 5nm Dilaporkan Akan Hanya Dilancarkan Tahun 2022

Diterbitkan pada Jan 19, 2021 oleh .

MediaTek ialah pengeluar cip telefon pintar terbesar dunia suku tahun ketiga tahun lalu. Fakta ini pasti mengejutkan kerana cip mereka tidak gah seperti yang dikeluarkan oleh Samsung, Apple, Qualcomm dan Huawei. Mereka akan melancarkan cip 6nm mereka pada minggu ini dengan nama Dimenstity 1200 dan Dimensity 1100.

Ini membuka pertanyaan bilakan pula cip 5nm mereka akan dilancarkan bagi memberikan pesaing kepada pengeluar lain? Menurut peniris maklumat Digital Chat Station di Weibo, ini akan hanya berlaku pada suku pertama 2022. Cip ini dipercayai akan menggunakan nama MediaTek Dimensity 2000.

Kerana ianya lewat ke pasaran, Dimensity 200 dipercayai juga menggunakan teras Cortex-X2, Cortex-A79 dan GPU Mali G79 yang belum diumumkan lagi oleh ARM. Oppo, Vivo dan Honor adalah tiga pengeluar yang dipercayai berminat menggunakan Dimensity 200


Paling Popular