Cari @ Amanz

Nilai bitcoin dunia mencanak naik dua minggu lalu sebelum kini kembali menyusut. Pada permulaan Disember 2020 nilai 1 bitcoin ialah sekitar $19,000 sebelum mencapai nilai tertinggi $40,000 pada pertengahan bulan ini. Ini menyebabkan ramai yang cuba ingin mencuba nasib dengan mempertingkatkan aktiviti melombong bitcoin.

Di Iran, pelombong bitcoin dipersalahkan kerana didakwa menyebabkan gangguan tenaga elektrik negara tersebut. Minggu lalu operasi perlombongan bitcoin yang melibatkan syarikat Iran-China ditutup kerana beroperasi tanpa lesen.

Bitcoin

Bagi mengekang aktiviti perlombongan Bitcoin, kerajaan Iran memerlukan pengusaha untuk mendapatkan lesen terlebih dahulu. Namun begitu aktiviti haram masih berleluasa dengan perlombongan dilakukan di masjid, sekolah dan rumah. Walaupun dituduh mengakibatkan gangguan elektrik, pelombong bitcoin Iran menyangkal dakwaan ini sebaliknya menuding jari ke arah pengurusan yang buruk serta kelengkapan yang uzur kerana sekatan ekonomi yang dikenakan oleh PBB.

Aktiviti perlombongan bitcoin popular di Iran kerana bekalan elektrik yang murah kerana subsidi dari kerajaan. Syarikat dari China dan Rusia melakukan aktiviti perlombongan dengan menyeludup komponen komputer secara haram. Risiko diambil kerana ia memberikan keuntungan yang tinggi berbanding melakukannya di negara sendiri.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd