Honor Dilaporkan Sedang Membangunkan Telefon Pintar Dengan GMS

Honor Dilaporkan Sedang Membangunkan Telefon Pintar Dengan GMS

Diterbitkan pada Jan 19, 2021 oleh .

Selepas bebas dari payung Huawei, Honor kini bergerak secara kendiri dengan kedai atas talian berbeza di China sejak beberapa hari yang lalu. Pelancaran telefon pertama dalam era kendiri ini ialah Honor V40 tetapi nampaknya telah ditangguhkan. Ramai mula tertanya-tanya mengenai adalah Honor kini boleh kembali menggunakan GMS?

Menurut laporan Kommersant, sebuah akhbar dari Rusia – Honor kini sedang membangunkan telefon pintar yang kembali menyokong GMS. Memandangkan Honor V40 dibangunkan ketika masih di bawah Huawei, ia kekal dengan pelancar Magic UI dan tiada sokongan GMS.

Sekiranya laporan ini benar, peminat peranti Honor di luar China boleh menghela nafas lega kerana boleh kembali ke ekosistem Google yang harus diakui lebih sesuai untuk negara seperti Malaysia.

Sumber Kommersant menerusi GSMArena


Paling Popular