Asus ROG Phone 5 Dilihat Bakal Hadir Dengan Skrin Kedua Di Bahagian Belakang

Asus ROG Phone 5 Dilihat Bakal Hadir Dengan Skrin Kedua Di Bahagian Belakang

Diterbitkan pada Jan 20, 2021 oleh .

Asus ROG Phone merupakan salah satu telefon pintar yang memfokuskan permua (permainan mudah-alih), dan menawarkan sejumlah pengoptimasian khusus untuk peminat permua.

Jikalau dilihat sebelum ini, kita sedia melihat ia hadir dengan rekaan yang menarik, menawarkan kualiti audio yang baik, selain dilengkapi pengoptimasian, penyejukkan dan sebagainya.

Terbaru, untuk tahun ini, Asus ROG Phone 5 dilihat akan hadir dengan sebuah skrin kedua pada bahagian kerangka belakang – menggantikan penggunaan logo dengan pencahayaan RGB sebelum ini.

Melalui skrin kedua ini, pengguna boleh memaparkan mesej, logo atau apa sahaja yang khusus, sekaligus menjadikan peranti berkenaan lebih peribadi dan eksklusif untuk pengguna. Daripada video yang hadir ke arena web, ia memperlihatkan pengguna boleh memilih gambar atau teks, dan ia memaparkannya pada bahagian skrin belakang.

Kita juga mungkin melihat integrasi paparan notifikasi dan panggilan telefon melaluinya pada panel di kerangka belakang ini.

Asus ROG Phone 5 ini dijangka hadir dengan cip Snapdragon 888, dan mungkin diperkenalkan pada Mac atau April 2021 ini.


Paling Popular