Pada awal Januari 2021, kita telah mendengar Apple telah berbincang dengan beberapa pihak untuk pengeluaran kereta elektirk mereka tersendiri, dan salah satu syarikat yang dalam perbincangan adalah Hyundai.
Terbaru, kini laporan lanjut hadir, mengatakan Hyundai mungkin menawarkan projek kereta Apple ini kepada pihak Kia – anak syarikat Hyundai.
Ia diperkatakan, sekiranya pengeluaran kereta Apple dilakukan oleh Kia, maka keluaran boleh menggunakan kilang di Amerika Syarikat, sekaligus mengekalkan ia sebagai produk keluaran Amerika sepenuhnya.
Dengan menggunakan Kia untuk pengeluaran kenderaan Apple, Hyundai akan dapat mengekalkan jenama mereka dan meneruskan operasi seperti biasa tanpa memberikan impak tinggi terhadap jenama Hyundai itu sendiri.
Buat masa ini, ia boleh dikatakan sekadar laporan awal sahaja. Mengikut beberapa penganalisa, ia diperkatakan kereta Apple mungkin mengambil sekurang-kurangnya lima tahun lagi sebelum diperkenalkan.