Jack Ma Muncul Buat Pertama Kali Selepas Berbulan Menghilangkan Diri

Jack Ma Muncul Buat Pertama Kali Selepas Berbulan Menghilangkan Diri

Diterbitkan pada Jan 20, 2021 oleh .

Jack Ma, hartawan ternama di sebalik kejayaan Ali Baba dan Ant Financial melakukan kemunculan di tempat awam buat pertama kali minggu ini selepas menghilangkan diri selama beberapa bulan. Ma hadir di dalam sebuah sidang video memberikan kata-kata semangat kepada tenaga pengajar di sebuah persidangan untuk guru-guru di China.

Kemunculan sulung sejak November mengakhiri spekulasi bahawa beliau mungkin telah dipenjara. Sebelum menghilangkan diri, Ant Financial gagal mendapatkan kebenaran dari Beijing untuk menawarkan IPO Syarikat. Penganalisa melihat langkah Beijing ini adalah cara untuk mengawal syarikat teknologi sebelum mereka menjadi terlalu berkuasa seperti yang dapat dilihat berlaku di Amerika Syarikat.

Dapat dilihat sejak kebelakangan ini syarikat teknologi utama boleh mengharamkan akaun Donald Trump, mempunyai pihak melobi untung mengurangkan impak undang-undang baru terhadap operasi syarikat dan monopoli yang mengakibatkan privasi pengguna tergadai.


Paling Popular