Sebuah lagi peranti di bawah rangkaian Vivo Y diperkenalkan untuk pasaran India. Selepas Selepas Vivo Y20G, kini giliran Vivo Y31 pula. Antara fokus yang cuba diketengahkan oleh peranti ini adalah kamera utama dengan lensa 48-Megapixel, paparan beresolusi FHD+ dan bateri berkapasiti besar.

Untuk spesifikasi, Vivo Y31 dilengkapi skrin bersaiz 6.58-inci IPS LCD dengan resolusi FHD+ (2408×1080). Seterusnya, ia menggunakan cip Snapdragon 662, memori 6GB RAM, storan dalaman 128GB dan bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 18W. Konfigurasi kamera utama terdiri dengan 48-Megapixel (utama) + 2-Megapixel + 2-Megapixel. Sementara kamera swafoto pula adalah sebesar 16-Megapixel.
Spesifikasi lain termasuk – Bluetooth 5.0, sistem operasi Funtouch OS 11, sambungan port USB-C, pengimbas cap jari sisi, bicu audio 3.5mm dan sebagainya. Harga jualan untuk Vivo Y31 adalah INR16,490 iaitu sekitar ~RM913 dan buat masa ini, ia hanya ditawarkan untuk pasaran India sahaja.
Sekadar selingan, anda yang berminat untuk mendapatkan Vivo Y20, Vivo Y20 (2021) dan Vivo Y20S. Ketiga-tiga peranti ini telah dijual di Malaysia pada harga RM599 untuk Vivo Y20 dan Y20 (2021). Sementara itu, Vivo Y20S pula dijual pada RM899.