Carian
Vivo Y20G Dilancarkan Dengan Cip MediaTek Helio G80, Android 11
January 20, 2021 Amy Maizuraa

Sebuah lagi model di bawah siri Vivo Y dilancarkan secara rasmi – iaitu Vivo Y20G. Secara kasarnya, model ini dilihat meminjam sepenuhnya rekaan luaran dan sejumlah spesifikasi utama daripada adik-beradiknya sebelum ini. Perbezaannya cuma terletak pada penawaran cip pemproses. Di mana, Vivo Y20G dijana oleh cip MediaTek Helio G80.

Vivo Y20G dilengkapi skrin bersaiz 6.51-inci IPS LCD degan resolusi HD+. Seterusnya, ia turut dibekalkan memori 6GB RAM, storan dalaman 128GB, sistem operasi Android 11, bateri 5,000mAh bersama pengecasan pantas 18W. Melengkapi peranti juga tri-kamera di belakang dengan konfigurasi 13-Megapixel + 2-Megapixel + 2-Megapixel dan kamera hadapan pula sebesar 8-Megapixel. Ia ditawarkan pada harga ₹14,990 (~RM829)  dan buat masa ini, hanya tersedia untuk pasaran India sahaja.

Sekadar selingan, anda yang berminat untuk mendapatkan Vivo Y20, Vivo Y20 (2021) dan Vivo Y20S. Ketiga-tiga peranti ini telah dijual di Malaysia pada harga RM599 untuk Vivo Y20 dan Y20 (2021). Sementara itu, Vivo Y20S pula dijual pada RM899.

Komen