Cari @ Amanz

Apple Mac Pro ialah komputer desktop berkuasa yang menyasarkan pengguna profesional yang telah merungut ia adalah model yang terlalu tidak dikemaskini. Dengan harga jualan bermula dari RM 25,999 sebuah, ia memang tidak mampu dimiliki ramai. Tetapi menurut laporan The Verge, Mac Pro pertama yang dikilangkan di Amerika Syarikat kini milik Donald Trump.

Mac Pro pertama yang dihasilkan kilang Apple di Texas telah dihadiahkan oleh Tim Cook kepada Donald Trump. Ini adalah sempena lawatan Trump ke kilang tersebut pada tahun 2019. Pemberian hadiah ini diketahui kerana ia telah diisytiharkan oleh Trump bagi memenuhi syarat ketelusan di akhir pentadbiran.Walaupun Trump menerima sebuah Mac Pro, berdasarkan harga yang diisytiharkan, ia hanyalah model yang paling asas tanpa skrin Pro Display XDR.

Menarik sekali walaupun disenaraikan yang pertama dikilangkan di Austin, ini mungkin bukan Mac Pro pertama dunia. Mac Pro untuk pasaran global masih lagi dikilangkan di China. Pemasangan Mac Pro di Amerika Syarikat adalah langkah yang diambil Apple untuk memenuhi permintaan Trump untuk mengembalikan pengeluaran ke Amerika Syarikat.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd