Honor Mengesahkan Mereka Telah Menandatangani Perjanjian Bersama Intel Dan Qualcomm

Honor Mengesahkan Mereka Telah Menandatangani Perjanjian Bersama Intel Dan Qualcomm

Diterbitkan pada Jan 22, 2021 oleh .

Honor hari ini telah melancarkan telefon pintar pertama mereka sejak diasingkan daripada Huawei. Telefon pertama berkenaan adalah Honor V40 yang  dijana cip MediaTek.

Bercakap ketika pelancarannya, kini pihak Honor mengesahkan mereka telah memeterai perjanjian dengan beberapa pengeluar cip terkemuka, termasuk Intel dan Qualcomm.

Ini bermakna, kita akan dapat melihat Honor memperkenalkan telefon berasaskan cip Qualcomm tidak lama lagi, selain komputer riba berasaskan cip Intel.

Disamping itu, Honor juga memeterai perjanjian bersama AMD, MediaTek, Microsoft, Samsung, SK Hynix, Sony, dan Micron Technology.

Buat masa ini, mereka masih belum mengeluarkan komen rasmi berkaitan dengan sokongan Google Play Services pada peranti keluaran mereka.


Paling Popular