Cari @ Amanz

Semalam, Google dilaporkan menghentikan sokongan Google Message kepada peranti Android yang tidak diiktiraf. Dengan ini, aplikasi akan berhenti berfungsi dan tidak lagi boleh digunakan. Antara peranti yang tidak diiktiraf adalah peranti yang tiadaa lagi kemaskini sekuriti, perannti usang, peranti yang menjalankan custom ROMi tanpa GApps yang bagus atau peranti dengan HMS.

Terkini, Google dilihat ingin melakukan hal yang sama pada Google Duo. Kelak Google Duo hanya boleh digunakan pada peranti-peranti yang masih mempunyai kemaskini dan atau diiktiraf sahaja. Jika tidak, penggguna harus mencari aplikasi alternatif. Ini juga memberi petanda yang penggunaan GMS adalah lebih ketat dalam aplikasi-aplikasi Google.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd