Google Messages Akan Berhenti Berfungsi Pada Peranti-Peranti Yang Tidak Diiktiraf

Google Messages Akan Berhenti Berfungsi Pada Peranti-Peranti Yang Tidak Diiktiraf

Diterbitkan pada Jan 21, 2021 oleh .

Google Messages adalah aplikasi permesejan tersendiri Google untuk menghantar SMS. Sejak kebelakangan ini, Google mula memfokuskan kepada RCS bagi bersaing dengan iMessage – tetapi untuk pengguna Android. Dengan sokongan RCS, setiap mesej akan disulitkan bagi tujuan sekuriti dan privasi. Untuk itu, sesebuah peranti haruslah mempunyai kemas kini sekuriti terkini.

Google Messages dilaporkan akan berhenti berfungsi pada peranti-peranti yang tidak diiktiraf. Antara peranti yang tidak diiktiraf adalah peranti yang menjalankan custom ROM dengan GApps tidak beriktiraf, peranti tanpa GMS seperti peranti Huawei atau mungkin juga peranti import yang menjalankan sistem operasi versi China.

Fungsi penyulitan sudah pun diedarkan kepada pengguna beta, yang mana petanda penggunaan aplikasi ini akan memerlukan sokongan sekuriti yang baik. Banyak peranti seperti Galaxy S21, Oppo Reno5, OnePlus, Xiaomi mula menggunakan aplikasi Google Message sebagai aplikasi permesejan lalai. Samsung antara yang bekerjasama dengan lebih serius bersama Google untuk RCS.


Paling Popular