Samsung Menarik Kembali Kemaskini One UI 3.0 Android 11 Pada Peranti Galaxy S10

Diterbitkan pada Jan 22, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Awal Januari, Samsung mula mengedarkan kemaskini One UI 3.0 berasaskan Android 11 kepada siri peranti Galaxy S10. Kemaskini ini membawakan sokongan notifikasi bubbles Android 11, sekuriti dan privasi yang lebih baik, antaramuka baharu, kumpulan notifikasi, integrasi Google Assistant yang lebih baik dan banyak lagi.

Kemaskini ini diedarkan secara OTA, atau pengguna boleh muat turun melalui aplikasi SmartSwitch. Baru-baru ini, Samsung telah menarik kembali kemaskini ini tanpa kenyataan rasmi. Pengguna yang belum sempat mengemaskini, tidak lagi boleh mengemaskini kepada versi baru. Sampai bila kemaskini ini dihentikan masih menjadi misteri.

Antara masalah yang pengguna laporkan adalah kamera yang kabur, peranti memanas serta sistem yang tidak stabil. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan. Sudahkah anda mengemaskini Galaxy S10 kepada Android 11? Ada masalah atau tidak? Jika ada kongsi di ruangan komen.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami