Samsung Galaxy S10 Mula Menerima Kemaskini One UI 3.0 Berasaskan Android 11

Samsung Galaxy S10 Mula Menerima Kemaskini One UI 3.0 Berasaskan Android 11

Diterbitkan pada Jan 7, 2021 oleh .

One UI 3.0 adalah sistem operasi terbaru Samsung yang dibina berasaskan Android 11. Kemaskini ini membawakan perubahan antaramuka notifikasi pada skrin kunci, notifikasi kini dikumpulkan, lebih banyak pilihan kustomasi pada skrin kunci, panggilan video menggunakan AR Emoji dan banyak lagi.

Pengguna Galaxy S20 FE, Galaxy S20, Note20 Ultra juga telah menerima kemaskini ini. Kini giliran peranti mercu dua tahun lepas, iaitu Galaxy S10. Kemaskini versi G97xFXXU9ETLJ dilihat telah diedarkan kepada pengguna Galaxy S10 dan Galaxy S10e yang dijana cip Exynos di Switzerland. Kemaskini ini turut menawarkan tampalan sekuriti Januari 2021.

Peranti kami masih tidak menerima kemaskini ini lagi, ia masih diedarkan secara berperingkat. Adakah anda sudah menerima kemaskini ini?


Paling Popular