SKMM : Tiada Lagi Pengesahan Dan Pengiktirafan Peranti 3G

Diterbitkan pada Jan 22, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) kini mengatakan mereka tidak lagi akan mengesahkan dan mengiktiraf sebarang peranti dengan sokongan 3G sahaja. Perkara ini selari dengan langkah kerajaan untuk menamatkan rangkaian 3G menjelang penghujung 2021 ini.

SKMM mengatakan mereka telah memaklumkan perkara ini kepada Jabatan Kastam, SIRIM, dan agensi kerajaan yang terlibat supaya tidak mengiktiraf atau mengesahkan peranti 3G. SIRIM sendiri sebelum ini dilihat telah menghentikan pengiktirafan peranti 3G dan 4G tanpa sokongan VoLTE sebagai antara langkah awal peralihan ini.

Sebagai alternatif, pengesahan peranti 4G akan dibenarkan seperti biasa. Langkah ini juga akan melindungi pengguna daripada membeli peranti dengan sokongan 3G yang akan ditamatkan. Penghentian rangkaian 3G ini dijangka memberikan lebih kapasiti untuk rangkaian 4G, sekaligus bersedia untuk rangkaian 5G.

Dengan langkah menghentikan pengiktirafan ini, ia akan menghentikan penawaran peranti 3G lapuk dalam ekosistem, sekaligus mengelak pengguna daripada membeli peranti lapuk untuk kegunaan harian.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami