Sel Hidrogen Untuk Rumah Dari Lavo Menyimpan Kuasa Elektrik Selama Dua Hari

Diterbitkan pada Jan 24, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sel hidrogen adalah antara penyelesaian kepada isu sumber tenaga lestari di masa hadapan. Hidrogen mempunyai kelebihan kerana untuk saiz sel yang sama, lebih banyak tenaga dapat disimpan berbanding sel bateri Li-Ion. Lavo ialah sebuah syarikat dari Australia yang kini menawarkan sel hidrogen untuk kegunaan menyimpan kuasa elektrik di rumah.

Lavo disambungkan kepada panel solar dan juga bekalan air. Kuasa elektrik dari panel solar digunakan untuk mengubah air kepada oksigen dan hidrogen menerusi proses elektrolisis. Hidrogen yang terhasil kemudiannya disimpan di dalam bekas simpanan bertekanan 435 psi.

Secara keseluruhan sistem Lavo menyimpan 40 kWh tenaga hidrogen yang boleh membekalkan kuasa kepada sebuah rumah selama dua hari. Setiap Lavo Green Energy Storage System adalah sebesar 1.68 x 1.24 x 0.4 m dan seberat 324 kilogram.

Kelebihan lain sistem sel hidrogen ialah ia hanya perlu ditukar selepas penggunaan selama 3 dekad (20,000 kali kitaran pengecasan) berbanding sel bateri yang mempunyai hayat sekitar 15 tahun.

Bagi yang berminta Lavo akan menawarkan sel hidrogen untuk rumah ini pada harga AU$34,750 sebuah bermula 2022. Alternatif kepadanya adalah Tesla Powerwall dan Daimler yang masing-masing masih menggunakan bateri Li-Ion.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami