Spesifikasi OnePlus 9 Dan 9 Pro Tertiris Ke Arena Web

Diterbitkan pada Jan 25, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

OnePlus sebelum ini dikhabarkan akan mempercepatkan pengenalan untuk OnePlus 9 empat minggu lebih awal daripada kiraan pelancaran biasa – iaitu sekitar bulan Mac ini. Kemudian, pelbagai spekulasi mengenai peranti telah didengar – termasuklah OnePlus dipercayai mempelbagaikan penawaran dengan memperkenalkan sekurang-kurangnya tiga variasi model.

Lakaran

Dalam perkembangan terkini, maklumat mengenai spesifikasi untuk OnePlus 9 dan OnePlus 9 Pro dikhabarkan telah tertiris menerusi satu entri yang dimuat naik oleh Digital Chat Station. Memetik maklumat dikongsi, kedua-dua model ini akan dilengkapi paparan hadapan jenis berlubang dengan sokongan lensa swafoto tunggal.

OnePlus 9 Pro Tertiris

Seterusnya, OnePlus 9 dipercayai menggunakan paparan bersaiz 6.55-inci FHD+ dengan skrin jenis rata. Sementara, OnePlus 9 Pro pula akan dilengkapi paparan berukuran 6.78-inci QHD+ bersama skrin melengkung . Kedua-dua model ini akan menyokong skrin dengan kadar segar semula tinggi 120Hz, menggunakan cip Snapdragon 888, berat sekitar 200 gram dan bateri 4,500mAh yang mungkin menyokong pengecasan 65W.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami