Cari @ Amanz

Vivo S7 5G dilancarkan pada Ogos tahun lepas, ia hadir dengan skrin 6.44-inci AMOLED FHD+ dan 60Hz. Ia dijana dengan cip pemprosesan Snapdragon 765G dan dipadankan dengan memori 8GB RAM dan pilihan storan dalaman sehingga 256GB. Bateri adalah 4,000mAh dengan pengecasan pantas 33W, serta tetapan tri-kamera 64+8+2 Megapixel dan dwi-kamera swafoto 44+8 Megapixel.

Peranti ini tidak tiba ke pasaran Malaysia, tetapi ia dijual pada harga sekitar RM1700. Terkini peniris China terkenal DigitalChatStation, menyatakan yang Vivo akan hadir dengan Vivo S7t. Vivo S7t dikatakan adalah Vivo S7 sahaja, dari aspek rekaan, kamera dan lain-lain dikekalkan. Tetapi cip pemprosesan Snapdragon 765G digantikan dengan cip MediaTek Dimensity 820. Tidak pasti juga sama ada adakah ini variasi yang akan dijual di pasaran global atau turut akan terhad di China sahaja.

Jika peranti ini tiba ke pasaran tempatan, pengguna akan mempunyai lebih banyak pilihan peranti yang dijana cip pemprosesan MediaTek Dimensity.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd