Carian
Kemampuan Membaca Glukosa Darah Pada Jam Tangan Pintar Mungkin Diperkenalkan Samsung Dan Apple Tahun Ini
January 25, 2021 Effi Saharudin

Di dunia dianggar 442 juta individu menghidap penyakit kencing manis. Ini memerlukan bacaan glukosa darah diambil setiap hari yang bukan sahaja sukar tetapi menyakitkan. Tetapi laporan ETNews hari ini memberikan harapan pada tahun ini ia tidak lagi akan menjadi isu.

Samsung dipercayai akan memperkenalkan jam tangan pintar Samsung Galaxy Watch 4 dan Samsung Galaxy Watch Active 3 dengan sensor baharu yang membolehkan bacaan glukosa darah dibaca terus menembusi kulit. ni dilakukan menerusi sensor khas yang terbina pada tubuh Apple Watch.

Sensor ini dilengkapi teknologi spektoskopi Raman yang membolehkan bacaan dilakukan menerusi kulit.Kajian yang dilakukan oleh Samsung dan Massachusetts Institute of Technology (MIT) untuk menggunakan spektroskopi Raman sebelum ini memberikan keputusan positif dan telahpun diterbitkan dalam jurnal Science Advance.

Apple pula dipercayai akan menggunakan sensor yang sama pada Apple Watch Series 7 tahun ini. Mereka telah mempatenkan sistem pada jam tangan pintar yang boleh membaca kepekatan glukosa dalam darah tanpa memerlukan jari dicucuk tiga tahun lalu.

Selain membantu pesakit kencing manis, sistem ini juga boleh memberikan amaran awal kepada mereka yang menunjukkan tanda pra-kencing manis.

Komen