Cari @ Amanz

Sebelum ini, Xiaomi telah mengambil langkah untuk membuang pengecas dalam kotak dalam menjadikannya lebih mesra alam, dan mengurangkan pembaziran. 

Dengan pelbagai pengeluar dijangka melakukan perkara sama, kini pihak Redmi mengacah dua rekaan kotak untuk telefon pintar mercu akan datang mereka, Redmi K40.

Melalui apa yang diperlihatkan, ia kelihatan Redmi turut sedang melihat kepada membuang pengecas secara terbina dalam kotak, sekaligus hadir dengan rekaan kotak yang lebih nipis.

Apa pun, masih terdapat kemungkinan yang mana Redmi masih menawarkan pengecas secara terbina dalam kotak.

Redmi menyasarkan untuk memperkenalkan Redmi K40 pada bulan Februari kelak, dimana kita akan mendengar lanjut mengenai perancangan pihak Redmi dalam penawaran pengecas secara terbina pada kotak pembelian atau sebaliknya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd