Slot Kelas KAFA TV Al Hijrah Ke Udara 1 Februari Ini

Slot Kelas KAFA TV Al Hijrah Ke Udara 1 Februari Ini

Diterbitkan pada Jan 26, 2021 oleh .

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, sebuah slot khas akan diadakan di TV Al Hijrah untuk pengajaran Kelas Alquran dan Fardu Ain (KAFA) yang terganggu kerana PKP. Dalam ciapan hari ini, Menteri Hal Ehwal Agama, Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengumumkan slot khas ini akan ke udara bermula 1 Februari.

Menerusi slot KAFA D’Hijrah ini, pengajaran kelas KAFA dapat diikuti pelajar yang tidak mempunyai akses kepada peranti pintar dan internet. Selain slot ini, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah turut telah mengumumkan RTM akan melancarkan sebuah saluran baharu khusus untuk TV Pendidikan bagi mengelakkan kesenjangan pembelajaran yang berlaku sekarang.


Paling Popular