Data Kecergasan Kini Boleh Dipaparkan Pada Paparan Pintar Google Assistant

Data Kecergasan Kini Boleh Dipaparkan Pada Paparan Pintar Google Assistant

Diterbitkan pada Jan 26, 2021 oleh .

Pada November tahun lepas, Google Assistant akhirnya boleh memaparkan data kecergasan dari peranti boleh pakai. Tetapi, ia hanya boleh memaparkan data dari pihak ketiga dan terhad kepada Fitbit sahaja. Data juga masih terhad dengan data pemantauan tidur sahaja.

Beberapa minggu lepas, Fitbit akhirnya menjadi milik Google sepenuhnya. Baru-baru ini, Google mengembangkan lagi sokongan integrasi Fitbit dan Google Assistant. Paparan pintar Google Assistant kini boleh memaparkan data pemantauan tidur Fitbit. Untuk mengaktifkannya, pengguna perlu pergi ke tetapan Google Assistant dan pergi ke bahagian Wellness kemudian akhir sekali tekan Sleep. Pengguna kemudian perlu log masuk akaun Fitbit masing-masing.

Agak pelik kenapa data Google Fit tidak disokong. Apa-apa pun Wear OS sudah pun semakin hebat dan berkuasa, mungkin kelak kita akan lihat perubahan lain untuk Wear OS dengan bantuan dari pasukan Fitbit.


Paling Popular