Kemaskini watchOS 7.3 Kini Boleh Dimuat Turun – Mengaktifkan ECG Di Empat Lagi Negara

Diterbitkan pada Jan 27, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Samsung mengumumkan sokongan ciri ECG pada jam tangan pintar mereka ke 31 negara hari ini. Ini ialah ciri yang dipopularkan oleh Apple Watch menerusi Series 4. Hari ini, kemas kini watchOS 7.3 boleh dimuat turun dan ia mengaktifkan ciri ECG pada Apple Watch ke empat lagi negara.

Pengguna di Jepun, Mayotte, Filipina dan Thailand kini boleh menggunakan ciri yang selama ini terkunci kerana tidak mendapat kelulusan badan kesihatan negara masing-masing. Selain itu kemas kini membawakan muka jam baharu berasakan bendera Pan-Afrika , ciri Time to Walk kepada pelanggan Apple Fitness+ dan beberapa penambahbaikan kepada kelancaran peranti.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami