Kemaskini iOS 14.4 Kini Boleh Dimuat Turun

Kemaskini iOS 14.4 Kini Boleh Dimuat Turun

Diterbitkan pada Jan 27, 2021 oleh .

Selain watchOS 7.3, Apple turut memberikan kemas kini iOS 14.4 kepada iPhone yang layak menerimanya. Menerusi kemas kini sebesar 395.2 MB ini, penambahbaikan diberikan kepada kemampuan kamera, sistem yang mengesan kamera adalah asli dan beberapa lagi tampalan sekuriti.

Ciri yang paling menarik ialah kemampuan membaca kod QR yang bersaiz kecil. Ini adalah penting terutamanya di Malaysia kerana ia diperlukan untuk mengimbas kod MySejahtera. Isu gambar iPhone 12 Pro yang pecah dalam mod HDR, sela masa pada papan kekunci dan widget aktiviti kesihatan yang tidak dikemaskini turut diselesaikan.


Paling Popular