Cari @ Amanz

Samsung sebelum ini telah melancarkan Samsung Galaxy A02s dan ia ditawarkan di Malaysia pada harga RM529. Dalam diam-diam, Samsung kini hadir dengan satu lagi model di bawah siri yang sama menerusi pengenalan Samsung Galaxy A02. Ia diperkenalkan di Thailand dengan sokongan dwi-kamera utama dan kapasiti bateri yang besar.

Untuk spesifikasi, Samsung Galaxy A02 dilengkapi paparan bersaiz 6.5-inci PLS TFT LCD dengan resolusi HD+. Ia dikuasakan oleh cip MediaTek MT6739W, memori 3GB RAM, storan dalaman 32GB dan bateri 5,000mAh menerusi port sambungan microUSB. Seterusnya, ia hadir dengan dwi-kamera utama iaitu 13-Megapixel (f/1.9) (utama) + 2-Megapixel (f/2.4) (makro). Manakala, kamera hadapan pula sebesar 5-Megapixel (f/2.0).

Spesifikasi lain termasuklah – bicu audio 3.5mm, bluetooth 5.0, berat sekitar 206 gram dan sebagainya. Untuk penawaran harga, Samsung Galaxy A02 ditawarkan pada THB 2,999 (~RM404).

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd