Beberapa minggu lepas, kita telah melihat Instagram menguji paparan baharu untuk Instagram Stories di desktop. Kini, secara rasminya, Instagram dilihat telah mula menawarkan antaramuka ini kepada semua pengguna seluruh dunia.

Melalui antaramuka baharu ini, ia lebih memberikan fokus terhadap kandungan Instagram Stories ketika ia sedang ditonton. Pada masa yang sama, pengguna turut boleh pra-lihat apakah Instagram Stories seterusnya yang anda akan tonton.
Dengan penawaran baharu ini, ia turut memperlihatkan Instagram kini bukan sekadar memfokuskan aplikasi sahaja, tetapi turut memberikan perhatian utama kepada perkhidmatan mereka di web.
Bagi anda sendiri, adakah anda meminati paparan baharu Instagram Stories ini?