Samsung Galaxy Note 10 Lite adalah peranti kelas pertengahan Samsung yang menawarkan banyak ciri dan fungsi peranti mercu Galaxy Note. Ia dijana dengan cip pemprosesan Exynos 9810 dan dijual lebih murah dari harga Galaxy Note 10 biasa. Peranti ini baru-baru ini telah menerima kemaskini Android 11, iaitu One UI 3.0. Buat masa ini kemaskini ini diedarkan kepada pengguna di Perancis dengan versi kemaskini N770FXXU7DUA8.

Seterusnya, Galaxy M21 juga telah menerima kemaskini One UI 3.0 berasaskan Android 11. Peranti ini terkenal dengan harga yang mampu milik serta memuatkan saiz bateri yang gergasi. Kemaskini yang diedarkan adalah versi M215FXXU2BUAC dan bersaiz sekitar 1.75GB.
Kesemua kemaskini ini diedarkan secara berperingkat, jadi jika anda tidak menerima kemaskini ini lagi – nantikan dengan penuh kesabaran kerana Samsung sedang berusaha keras mengedarkan kemaskini ini kepada semua pengguna yang layak.