Xiaomi turut tidak asing dalam inovasi pengecasan pantas. Antara yang mereka hasilkan adalah 120W pengecasan berwayar dan yang menarik Xiaomi bekerjasama dengan Qualcomm dan Power Delivery agar penggunaannya mesra pengguna. Xiaomi juga sedang membangunkan pengecasan pantas nirwayar 80W, yang mana dijangka akan tiba pada Mi 11 Pro.

Tetapi, ada kemungkinan besar Xiaomi masih belum bersedia dengan teknologi ini. Pengecas pantas nirwayar 80W Xiaomi mungkin dihadkan kepada 67W sahaja. Lihat sahaja apa yang berlaku pada Mi 10 Ultra, walaupun ia menyokong sistem pengecasan pantas berwayar 120W – pengecasan sebenar hanya 80W. Apatah lagi dengan teknologi pengecasan pantas nirwayar yang kerap ada isu memanas?
keyguard_wireless_strong_charge_67w
kod dalam MIUI 12.5 beta
Walaupun begitu, ini tidak menghentikan Xiaomi untuk terus hadir dengan peranti yang menyokong pengecasan nirwayar yang pantas. Dalam kod binaan MIUI 12.5 beta, wakil XDA menemui kod “keyguard_wireless_strong_charge_67w” yang berkaitan dengan dua peranti dengan kod nama stars dan mars. Stars dilaporkan adalah kod nama untuk peranti dengan nombor model K1, manakala mars untuk K1A.

Peranti dengan kod nama star mungkin akan dijana dengan cip Snapdragon 888, kerana perkataan star ini dilihat berkait dengan s8350 yang mana ditemui pada kod nama venus Mi 11 dan cetus peranti dengan skrin boleh-lipat Xiaomi. Peniris terkenal DigitalChatStation menyatakan peranti dengan sokongan pengecasan pantas nirwayar 80W akan tiba seawal pertengahan tahun 2021.
Mi 11 Pro dijangka akan hadir dengan skrin OLED 120Hz, tri-kamera 50MP Sony IMX766 + lensa sudut ultra-lebar dan lensa telefoto 48MP 5x zum. Kod nama mars iaitu untuk peranti K1A mungkin hanya untuk model jualan negara lain.