Cari @ Amanz

WhatsApp sebelum ini telah mula memperlihatkan mesej pada bahagian WhatsApp Status, mengatakan mereka menekankan kepada ciri privasi pada perkhidmatan permesejan mereka.

Terbaru, WhatsApp turut telah mula memperlihatkan mesej sama untuk pengguna tempatan. Pada bahagian WhatsApp Status, mereka memperlihatkan mesej mereka mengatakan WhatsApp tidak boleh membaca atau mendengar perbualan anda kerana melakukan penyulitan penuh.

Apa pun, sedikit berbeza dengan apa yang dipaparkan untuk pengguna global, WhatsApp tidak menyertakan mesej berkaitan lokasi dan perkongsian buku alamat bersama Facebook.

WhatsApp Iklan Privasi

Baru-baru ini, WhatsApp telah memperkenalkan kemaskini kepada perkongsian data mereka – sekaligus menimbulkan pelbagai keraguan dikalangan pengguna, dan ramai yang beralih ke perkhidmatan permesejan alternatif lain.

Disebabkan itu, WhatsApp kini dilihat mempromosikan terus melalui bahagian WhatsApp Status, dan menyampaikan mesej mereka kepada pengguna terus.

Bagi anda sendiri, apa pendapat anda berkaitan privasi dan WhatsApp ini?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd