Cari @ Amanz

Pada awal Januari, WhatsApp telah mengemaskini polisi privasi pengguna menyatakan bagaimana mereka menggunakan data pengguna dengan produk Facebook. Disebabkan itu, ramai berhenti menggunakan WhatsApp dan mula beralih ke Telegram dan juga menyebabkan Signal mengalami masalah trafik. WhatsApp turut menyatakan yang polisi ini lebih kepada pengguna perniagaan, tetapi penggunaan data masih tidak jelas bagaimana menjadikan orang ramai keliru.

Akhirnya beberapa hari lepas, WhatsApp telah menangguhkan polisi baharu ini atas kritikan orang ramai. Perkara ini tidak dinafikan menjejaskan rewputasi WhatsApp. Lebih-lebih lagi pengguna di India yang mana majoriti pengguna aktif berasal dari negara ini. WhatsApp kini dilihat menyebarkan iklan dengan lebih meluas bagi mengingatkan pengguna yang WhatsApp masih pentingkan privasi pengguna.

Iklan WhatsApp ini turut nyatakan lokasi, mesej, kenalan, semua tidak boleh diakses WhatsPp kerana kekal disulitkan. Iklan ini dilihat disebarkan melalui WhatsApp Status. WhatsApp turut dilaporkan membelanjakan puluhan juta Rupees, iaitu sekitar lebih RM500,000 atau mungkin mencecah jutaan ringgit menyebarkan iklan di muka hadapan surat khabar di India. Iklan ini menjelaskan yang WhatsApp menghormati dan menjaga privasi pengguna. Polisi baharu tidak menjejaskan mesej atara pengguna dengan rakan atau keluarga.

Anda bagaimana? Adakah anda masih kekal dengan WhatsApp atau sudah beralih ke platform lain? Kami di Amanz, ada yang kekal dengan WhatsApp, ada yang banyak menggunakan Telegram ada juga yang baru berjinak dengan Signal.

Sumber: Reuters, melalui Android Police

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd