Cari @ Amanz

Sony Xperia 1 II ditawarkan di Malaysia pada harga RM4,999 untuk seunit. Ia dilengkapi kamera utama 12-Megapixel + 12-Megapixel + 12-Megapixel + 3D TOF. Kamera utama ini juga menggunakan lensa Zeiss dengan kepakaran yang dipelajari dalam menghasilkan kamera Sony Alpha.

Dalam perkembangan terkini, DxoMark dilihat telah mengeluarkan laporan untuk keupayaan kamera utama pada Sony Xperia 1 II. Ia memperlihatakan peranti pintar ini menerima skor keseluruhan sebanyak 112 mata – sekaligus memposisikannya setanding dengan Huawei P40. Untuk ringkasan ujian, Sony Xperia 1 II mencatatkan sebanyak 114 mata untuk keupayaan kamera. Kemudian, 63 mata pula untuk keupayaan zum dan 102 mata untuk keupayaan video.

Pujian diberikan kepada kawalan hingar yang baik dalam semua keadaan termasuk pencahayaan rendah. Seterusnya, hasil gambar dengan keperincian yang baik untuk mod ultra-lebar, hasil potret memuaskan dan sistem imbangan putih yang seimbang untuk rakaman video. Kritikan pula diberikan kepada julat dinamik yang terhad untuk sesetengah keadaan. Kemudian, sistem autofokus yang tidak stabil dan keperincian yang kurang memuaskan untuk hasil gambar telefoto.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd