Fujifilm GFX100S Diumumkan – Sensor 102MP Format Sederhana Dan Tubuh Lebih Kecil

Fujifilm GFX100S Diumumkan – Sensor 102MP Format Sederhana Dan Tubuh Lebih Kecil

Diterbitkan pada Jan 29, 2021 oleh .

Selain kamera nircermin Fujifilm X-E4, Fujilim turut telah melancarkan kamera Fujifilm GFX100S mereka minggu ini. Fujifilm GFX100S ialah kamera format sederhana dengan sensor 102MP. Ia adalah model kemas kini kepada GFX100 yang dilancarkan pada tahun 2019 tetapi dengan saiz tubuh yang jauh lebih kecil.

Seperti GFX100, GFX100S menggunakan sensor 102MP CMOS dengan saiz fizikal 43.8 x 32.9-mm (1.7X lebih besar berbanding Full Frame) yang dipadankan pula dengan cip pemproses imej terkini X-Processor 4. Sistem penstabilan IBIS lima paksi terbina disertakan. Kemampuan rakaman video adalah sehingga 4K 30p dengan pilihan FHD 60p menerusi sokongan CODED H.264 atau H.265.

Viewfinder pula sebesar 0.5-inci OLED dengan 3.68 juta titik. Sebuah skrin LCD sesentuh 3.2-inci disertakan pada panel belakang dan skrin LCD 1.8-inci monokrom pula pada bahagian atas untuk melihat tetapan kamera.

Kamera boleh menyokong kad memori UHS-I and UHS-II. Spesifikasi lain ialah WiFi 802.11n, bluetooth 4.2 dan port USB-C. Tubuh kamera mempunyai kemampuan kalis percikan dan juga debu. Fujifilm GFX100S akan mula dijual Mac pada harga $5,999.95 (~RM24,321) tanpa lensa.


Paling Popular