Cari @ Amanz

Baru sahaja sebentar tadi kami melaporkan yang Xiaomi sedang membangunkan teknologi pengecasan nirwayar jarak jauh. Ini bermaksud, tiada sebarang kabel, atau objek akan bersambung pada peranti. Sebaliknya teknologi ini boleh mengecas pada kuasa 5W untuk beberapa peranti serentak dan sambil guna boleh juga dicas. Teknologi ini dipanggil Space Charging.

Dari sumber yang sama, iaitu DigitalChatStation – Motorola juga dikatakan sedang membangunkan teknologi yang lebih kurang sama. Teknologi yang Motorola uji ini dilihat boleh mengecas peranti dari jarak jauh sehingga sejauh 1 meter dari sumber kuasa. Hebat bukan? Anda bayangkan, anda sedang menonton televisyen dan pengecas anda berada di sekitar kabinet televisyen – anda boleh terus cas peranti secara nirwayar dan jarak jauh dari atas sofa sahaja.

Teknologi ini adalah inspirasi dari ciptaan Nikola Tesla melalui teknologi aruhan gegelung di mana beberapa biji mentol berjaya dihidupkan dengan sumber kuasa sejauh 48 kilometer. Sudah sekian lama teknologi pengecasan ini mendiamkan diri, akhirnya kita dapat lihat pengeluar peranti mula membangunkannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd