Facebook Turut Dilaporkan Sedang Membangunkan Perkhidmatan Langganan Buletin Untuk Penulis

Facebook Turut Dilaporkan Sedang Membangunkan Perkhidmatan Langganan Buletin Untuk Penulis

Diterbitkan pada Jan 29, 2021 oleh .

Akhir-akhir ini, kita telah melihat platform penerbitan buletin seperti Substack menerima perhatian ramai, selain Twitter yang baru-baru ini telah mengambil-alih Revue untuk menambah ciri buletin dan memudahkan pengguna berkongsi penulisan yang panjang.

Terbaru, turut tidak ketinggalan adalah Facebook.

Menurut New York Times, Facebook sedang membangunkan perkhidmatan langganan buletin mereka tersendiri. Dengan langkah ini, ia akan memudahkan penulis di Facebook untuk menjana pendapatan dengan menawarkan langganan kepada penulisan mereka.

Pada masa yang sama, penulis tersebut boleh kekal berinteraksi dan mengumpulkan pengikut melalui platform Facebook.

Dengan langkah ini juga, Facebook dan pelbagai laman sosial lain mungkin tidak perlu menghadap masalah berkaitan perkongsian berita, dan penerbit yang meminta royalti tambahan. Sebaliknya, semua penulis boleh menggunakan terus platform Facebook sahaja.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Facebook akan memperkenalkan ciri langganan buletin emel ini pada platform mereka.


Paling Popular