Pada bulan September yang lalu, kami ada melaporkan bahawa pembuat perabot terkemuka dari Sweden, IKEA telah menandatangani kerjasama dengan ASUS ROG untuk membangunkan perabot gaming.
Terkini, IKEA telahpun memperlihatkan sejumlah gambar perabot-perabot tersebut, yang termasuklah kerusi gaming berdasarkan kerusi pejabat mereka, meja yang boleh dinaikkan dan diturunkan ketinggiannya, bersama-sama dengan aksesori-aksesori lain seperti lampu meja dan sebagainya.
Sejumlah tanda harga perabot dan aksesori-aksesori ini juga telah diperlihatkan, tetapi buat masa ini, IKEA masih belum mengesahkan lagi bilakah mereka akan mula menjual siri perabot gaming ini, dan pasaran-pasaran yang akan menerimanya secara rasmi.









