Pelbagai inisiatif dimulakan oleh wakil rakyat seluruh negara bagi mengurangkan jurang digital yang jelas kelihatan sejak PKP 2.0 berkua kuasa hampir sebulan lalu. Di Negeri Sembilan, Digital Rembau diperkenalkan oleh Khairy KJ, di Parlimen Lembah Pantai pula penawaran WiFi percuma ditawarkan pula oleh Fahmi Fadzil.

Menerusi inisiatif ini, perkhidmatan WiFi percuma boleh dinikmati oleh penduduk di tujuh lokasi iaitu Dewan Orang Ramai, Flat Sri Pahang, PPR Kerinchi, PREPKOM blok A, Perumahan Pantai Permai, PPR Pantai Ria, PREPKOM blok C, PPR Kg Limau, PREPKOM blok 9, PPR Sri Pantai, bilik Persatuan Penduduk, dan Perumahan Awam Kg Kerinchi 1A.
Perkhidmatan WiFi percuma ini akan ditawarkan sehingga penghujung April 2021. Dengan ini masalah kesukaran mendapatkan talian internet untuk PdPR dapat diselesaikan untuk jangka masa terdekat. Projek WiFi percuma ini ialah hasil kerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Yayasan Wilayah Persekutuan, Telekom Malaysia, U Mobile dan Maxis.