Tahun lalu SpaceX berjaya mengembalikan angkasawan Amerika Syarikat ke Stesen Angkasa Antarabangsa buat pertama kalinya sejak Space Shuttle tidak lagi digunakan. Kini SpaceX akan menawarkan pula empat tempat duduk di dalam kapsul Crew Dragon kepada orang awam yang menderma kepada tabung hospital.

Di bawah misi Inspiration4, Jared Isaacman seorang hartawan sudah membeli empat tempat duduk untuk misi angkasa lepas komersial pertama SpaceX. Tiga lagi tempat duduk akan diberikan oleh Isaacman kepada duta dari St Jude Children’s Research Hospital, individu yang menderma ke tabung St Jude Children’s Research Hospital dan satu lagi kepada individu yang boleh memberikan inspirasi menerusi lama edagang Shift4Shop.
Misi Inspiration4 dijualkan pada penghujung 2021 ini. Keempat-empat angkasawan akan dilancarkan dari Kennedy Space Center ke angkasa lepas kemudiannya mengorbit bumi selama beberapa hari sebelum kembali.
Malang sekali peluang menjadi krew Inspiration4 hanya dibuka kepada warga Amerika Syarikat sahaja pada waktu ini. Selepas diumumkan, kesemua yang terpilih perlu menjalani pelbagai latihan fizikal, mental dan persediaan untuk menjadi seorang angkasawan.