Carian
Samsung Malaysia Menawarkan Strap Cover Percuma Dengan Pembelian Galaxy Buds Pro
February 2, 2021 Effi Saharudin

Serentak dengan pelancaran Galaxy S21 di Malaysia, fon telinga terkini Galaxy Buds Pro turut ditawarkan kepada umum. Fon telinga ini hadir dengan sokongan pembatalan hingar serta audio spatial yang tidak disertakan pada model Buds terdahulu. Bagi yang ingin memilikinya, Samsung Malaysia menawarkan insentif dalam bentuk hadiah percuma.

Dengan setiap pembelian Samsung Galaxy Buds Pro, pembeli akan menerima Strap Cover yang bernilai RM99 secara percuma. Strap Cover ialah kerangka pelindung dengan tali yang memudahkan Bud Pro dibawa tanpa mencalarkan kerangka simpanan merangkap pod pengecas.

Walaupun diiklankan dalam empat warna, Strap Cover dalam warna Mirror Gold sahaja ditawarkan percuma dengan setiap pembelian sehingga 28 Februari 2021. Di Malaysia Samsung Galaxy Buds Pro boleh dimiliki pada harga RM799 sebuah.

Komen