Carian
Xiaomi Akan Hadir Dengan Peranti Yang Dijana Cip Pemprosesan Snapdragon 7xx Baharu – Mungkin Mi 11 Lite?
February 2, 2021 Fahim Zahar

Seperti biasa, setiap kali peranti mercu Xiaomi dilancarkan – variasi kelas pertengahan akan diperkenalkan. Mi 9 ada Mi 9 Lite, Mi 10 ada Mi 10 Lite dan kini Mi 11 turut dilaporkan akan hadir dengan versi Lite. Peranti ini turut dikatakan akan dijenamakan semula ke Poco F2, iaitu pengganti Poco F1.

Terkini, peniris terkenal dari China DigitalChatStation menyatakan sebuah peranti misteri Xiaomi akan hadir dan dijana dengan cip pemprosesan Snapdragon 7xx baharu. Cip ini dikatakan adalah pengganti kepada Snapdragon 765G dan menggunakan kod nama sm7350. Peranti ini turut akan menggunakan skrin OLED, rekaan skrin berlubang, mempunyai kamera 64MP dan menyokong zum 5x.

Sama-sama kita nantikan pengenalan peranti ini. Mungkin ia akan dilancarkan bersama-sama dengan Mi 11 Pro kelak? Teruskan ikuti kami di Amanz.

Komen