Cari @ Amanz

Dua hari lalu akaun Twitter Balai Seni negara mengumumkan orang ramai boleh melakukan lawatan secara maya menerusi pautan yang dikongsi. Teknologi 3D Matterport telah digunakan untuk memetakan Balai Seni Negara yang kemudiannya boleh dilawati orang ramai secara maya di atas talian. Kami cukup teruja dengan pengumuman ini kerana Balai Seni Negara adalah antara tempat kegemaran kami di Kuala Lumpur tetapi ditutup kerana PKP.

Keteruajaan berubah menjadi kekecewaan kerana selepas dua hari, sistem lawatan secara maya yang diuar-uarkan laman Twitter tidak dapat diakses. Kami cuba mendapatkan maklum balas dari pihak Balai Seni tetapi ciapan tidak berbalas. Jika pautan yang diberikan ditekan, pelawat sekadar dapat melihat laman muatan yang tersekat sekitar 80%. Pelbagai cara kami lakukan untuk menyelesaikan isu ini tetapi hampa.

Teknologi Materport ialah teknologi yang sudah cukup matang. Malahan ia disokong oleh Google Daydream semalam peranti realiti maya ini dilancarkan lima tahun lalu. Apakah isu yang menyebabkan Balai Seni Negara maya tidak dapat dilawati tidak kami ketahui tetapi yang pasti perlu diperbaiki bagi mengubati kerinduan di hati.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd