Twitter Mengintegrasikan Kemudahan Membuat Buletin Emel

Diterbitkan pada Feb 3, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Twitter telah pun mengambil-alih Revue pada bulan lepas, dimana ia memfokuskan kepada memudahkan pengguna dalam hadir dengan buletin emel tersendiri.

Kini, lanjutan daripadanya, Twitter telah mula melakukan integrasi awal – dimana menu “Newsletter” disertakan pada laman utama Twitter, sekaligus menarik lebih ramai dalam menggunakan perkhidmatan Revue.

Buat masa ini, Twitter mengatakan kedua-dua perkhidmatan masih beroperasi secara berasingan. Tetapi, tidak mustahil kita melihat Revue diintegrasikan dengan lebih mendalam pada Twitter pada asa akan datang.

Untuk sementara waktu ini, ciri buletin emel berbayar di Revue juga diterhadkan kepada berdasarkan jemputan dan belum dibuka kepada orang ramai. Hal ini adalah dalam usaha untuk menambah-baik infrasktruktur terlebih dahulu sebelum menawarkan ciri berkenaan dengan lebih meluas lagi.

Bagi anda yang kerap menggunakan Twitter, boleh mencuba ciri baru ini dengan klik melalui bahagian menu dan memilih Newsletter.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami